12 Tempat Peranginan & Hotel Terbaik di Semporna untuk Percutian Disinari Mentari

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Sep 2023
MY BM blogheader - hotel resort terbaik di semporna sabah

Kredit Foto: @lynnl0107, @by__fia

Bermimpi tentang Sabah yang indah?

MY BM Sipadan Kapalai Dive Resort semporna sabah resort pulau terbaik
Kredit Foto: @lynnl0107
Dengan perairan kebiru-biruan, pantai berpasir serta beberapa tempat menyelam yang paling indah di dunia, Semporna begitu sempurna seperti namanya, yang bermaksud 'kesempurnaan' dalam bahasa Melayu. ✨
Mencari penginapan untuk perjalanan Semporna anda? Kami telah lakukan kaji selidik untuk anda supaya anda boleh tumpukan untuk memilih tempat penginapan. Kami juga telah sertakan gabungan pusat peranginan pulau yang serba indah serta hotel mesra bajet di bandar untuk menampung pengembara dengan bajet berbeza (tak perlu berterima kasih)! Mulakan membaca untuk mendapat inspirasi.

Resort & hotel terbaik di Semporna

1. Sipadan-Kapalai Dive Resort

MY BM Sipadan Kapalai Dive Resort semporna sabah resort pulau terbaik
Kredit Foto: @lynnl0107
MY BM Sipadan Kapalai Dive Resort semporna sabah resort pulau terbaik
Kredit Foto: @thechelseytan
best hotel in semporna resort sipadan kapalai resort
Salah satu pusat peranginan tercantik di Semporna ialah Sipadan-Kapalai Dive Resort yang dibina dengan tiang yang kukuh di atas deruan ombak. Dirancang dan dibina dengan teliti untuk membentuk sebuah perkampungan air yang lapang tanpa daratan, Sipadan-Kapalai Dive Resort menyediakan capaian mudah ke beberapa tempat menyelam yang paling indah di Semporna. Anda boleh pergi menyelam dalam beberapa minit dengan menaiki bot laju atau berenang sahaja dari jeti pusat peranginan.

2. Mataking Reef Resort, Pulau Mataking

best hotel in semporna resort The Reef Dive Resort Mataking Island
The Reef Dive Resort klook
The Reef Dive Resort klook
The Reef Dive Resort klook
Mataking Reef Resort terletak di sebuah pulau persendirian yang dikenali sebagai Pulau Mataking, terletak kurang satu jam dari pekan Semporna dengan menaiki bot. Walaupun ia mungkin satu perjalanan yang jauh, anda akan dapat merasai alunan turun-naik ombak dan menikmati angin laut di sepanjang jalan. Tetamu pusat peranginan ini benar-benar dapat seluruh pulau ini untuk diri mereka sendiri: pantai berpasir, langit biru, dan pokok kelapa bergoyang. Resort ini dilengkapi dengan 68 buah bilik mewah dan anda boleh memilih sama ada vila yang luas, chalet pantai mahu pun unit pemandangan taman yang selesa.
  • Alamat: Fajar Complex, TB 212, Jalan Bunga, 91000 Tawau, Sabah

3. Pom Pom Island Resort

Pom Pom Island Resort semporna best hotel
Pom Pom Island Resort semporna best hotel
Pulau Pom Pom ialah sebuah pulau kecil terpencil yang dikelilingi terumbu karang dan terletak kira-kira 30km di timur laut Bandar Semporna. 5Pulau ini dikelilingi terumbu karang sepanjang 4km dan pantai berpasir putih. Ia juga merupakan tapak lokasi penting untuk penyu hijau dan penyu sisik bertelur justeru menjadikannya destinasi menyelam yang popular di Semporna. Pom Pom Island Resort terletak di pulau ini dan menawarkan vila kayu tradisional, restoran, bar serta spa.
  • Alamat: Jalan Causeway, Semporna, 91307 Pulau Sipadan, 88000 Semporna, Sabah

4. ND Divers, Pulau Bum Bum

best hotel in semporna resort nd divers bum bum island
Terletak hanya beberapa minit dari Jeti Semporna di Pulau Bum Bum, ND Divers ialah pusat menyelam ala inap desa yang ringkas dengan rumah persendirian, restoran di lokasi dan capaian mudah untuk melakukan sebarang aktiviti seperti selam snorkel dan berkayak. Tempat ini amat selesa dan dikendalikan oleh sekumpulan penyelam profesional yang sentiasa bersedia untuk memberi anda petua tentang tempat menyelam terbaik di Semporna!
  • Alamat: kampung terusan tengah pulau bum bum, 91308 Semporna, Sabah

5. Mabul Water Bungalows

best hotel in semporna resort mabul water bungalows
Terletak di Pulau Mabul yang terkenal, Mabul Water Bungalows hanya 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot laju lalu menjadikannya satu lagi pilihan penginapan popular untuk penyelam yang ingin menerokai dunia bawah air Semporna. Mabul Water Bungalows terdiri daripada sekumpulan 24 unit banglo yang dibina dengan tiang atas air, semuanya menyediakan balkoni peribadi yang luas dengan pemandangan panorama laut biru.
  • Alamat: Pulau Mabul, Semporna, Sabah

6. Mabul Seaventures Dive Rig Resort

Mabul Seaventures Dive Rig Resort
Mabul Seaventures Dive Rig Resort
Susah untuk mencari pusat peranginan pulau sehebat ini! Diubah daripada pelantar minyak terbiar yang terletak di tengah laut, Seaventures Dive Rig Resort menawarkan bilik dengan pendingin hawa yang selesa (termasuk bilik gaya asrama jika anda dalam bajet tertentu) yang dibina hanya 10m di atas laut. Selain daripada seni bina pusat peranginan yang hebat, Seaventures menawarkan lokasi menakjubkan yang membolehkan anda menyelam tanpa had hanya beberapa langkah dari bilik! Pusat peranginan ini juga mempunyai restoran dek terbuka dengan hidangan gaya bufet dan kelapa segar, bilik wayang dan bar karaoke.

7. Chan's Smart Living Inn

best hotel in semporna resort chan's smart resort inn
Lebih suka berada di bandar Semporna daripada pulau? Chan's Smart Living Inn merupakan salah satu penginapan mesra bajet kegemaran kami di pekan Semporna. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang luas berserta teres peribadi dan pemandangan taman, penginapan ini menyediakan semua keperluan penginapan yang selesa pada kadar berpatutan. Anda juga boleh menempah bilik keluarga di bawah harga RM200 untuk satu malam!
  • Alamat: Batu Dua, Jalan Bubul Haji Ahlindal, 91308 Semporna, Sabah
  • Harga: daripada RM176 semalam

8. Cube Bed Station Hostel

best hotel in semporna resort cube bed station hostel
best hotel in semporna resort cube bed station hostel
Inilah pilihan terbaik untuk pengembara beg galas dan mereka yang melancong ke Semporna dengan bajet terhad. Anda boleh menempah bilik di Cube Bed Station Hostel dari bawah RM150 untuk satu malam, namun sudah tentu ia tidak akan mengorbankan keselesaan. Walaupun agak kecil, hotel ini menawarkan penginapan yang bersih dan berpatutan dengan katil dua tingkat di asrama yang dikongsi serta bilik peribadi dengan pemandangan bandar atau laut. Malah terdapat bar, dapur kongsi, kemudahan BBQ dalaman dan bilik permainan untuk keseronokan serta kemudahan para tetamu!

9. Luna Guesthouse

best hotel in semporna resort luna guesthouse
Terletak di tingkat satu bangunan lama yang wujud sejak abad ke-19, Luna Guesthouse merupakan Inap & Sarapan yang telah dipulihkan yang terletak betul-betul di tengah bandar. Bilik-bilik di sini sangat bersih dan luas. Anda juga akan mendapat akses ke dapur kongsi, ruang istirahat serta ruang TV kongsi, kemudahan BBQ dan banyak lagi! Bahagian terbaik? Sarapan percuma termasuk dalam penginapan anda.

10. Dragon Inn Floating Resort

best hotel in semporna resort dragon inn floating resort
best hotel in semporna resort dragon inn floating resort
Dragon Inn Floating Resort yang menawan menjadi mercu tanda ikonik bagi Semporna. Direka dengan rekaan ringkas yang mendapat inspirasi daripada perkampungan air Bajau tradisional. Ia dikenali sebagai Semporna Terapung dalam kalangan penduduk tempatan dan menawarkan penginapan yang selesa serta berpatutan dengan pemandangan laut yang tenang. Selain daripada memiliki 70 buah bilik tetamu yang selesa, pusat peranginan ini juga menempatkan restoran terbuka, kedai cenderamata, serta pengendali menyelam (dengan bot yang sedia untuk membawa anda ke lawatan pulau-pulau dan pengembaraan menyelam), semuanya dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang selesa!

11. Hosanna Village Semporna

Hosanna Village Semporna hotel
Bilik yang bersih, suasana yang selesa serta perkhidmatan yang mesra menjadi tiga gambaran paling biasa pernah kami baca berdasarkan ulasan tetamu di Hosanna Village Semporna. Ia mungkin bukan sebuah hotel mewah, tetapi Hosanna Village menawarkan penginapan yang selesa dengan biliknya yang unik seperti khemah menghadap ke taman yang tenang serta kolam renang. Untuk perjalanan yang menyeronokkan tanpa sebarang kerumitan, tempah penginapan 4H3M di Hosanna Village yang disertakan dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan lawatan ke pulau-pulau!

12. The Firefly Resort Semporna

best hotel in semporna resort the firefly resort
Firefly Resort Semporna bersih, selesa dan tidak akan menipiskan dompet anda. Selain bilik yang selesa, ada juga restoran terbuka dan kawasan berkongsi yang selesa untuk anda melepak bersama rakan dan keluarga selepas seharian berjemur di bawah sinaran matahari. Pada asasnya ia merupakan penginapan dengan kemudahan ringkas yang sesuai untuk memudahkan, menyeronokkan dan bersantai.
  • Alamat: NO.123025132, Kampung Bubul Lama, Peti Surat 134, 91308 Semporna, Sabah

Hotel yang mana menjadi pilihan anda?

Masih tidak pasti untuk pilih hotel bagi lawatan anda ke Semporna yang akan datang? Lihat senarai penuh tawaran hotel kami di sini jika anda mencari lebih banyak pilihan!

Perkara menyeronokkan untuk dibuat di Semporna

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu