14 Hotel Terbaik di Kota Kinabalu 2023 Resort 5 Bintang & Penginapan Mampu Milik Bagi Semua Bajet

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Sep 2023
@michutrave

Hotel terbaik di Kota Kinabalu, Sabah 🏝️

le meridien kinabalu best hotel in kk kota kinabalu sabah
Daripada pusat peranginan tepi pantai bertaraf 5 bintang kepada hotel bandar mampu milik yang bersih dan luas, anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan penginapan di seluruh Kota Kinabalu. Bahagian terbaik? Kebanyakan hotel ini tidak akan memakan belanja yang banyak malah anda boleh menempah penginapan hotel 5 bintang daripada harga bawah RM300! Pilihlah daripada senarai 14 hotel terbaik kami di bandar ini.

Hotel mewah bertaraf 5 bintang di Kota Kinabalu 🏨

1. Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu

shangri la tanjung aru kk best hotel in kota kinabalu sabah
Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu best hotel in kk
Berbelanja lebih sedikit untuk penginapan yang tidak dapat dilupakan - Shangri-La Tanjung Aru mendahului senarai hotel kami di Kota Kinabalu. Tempat peranginan tepi pantai yang mewah ini mempunyai bar untuk melihat matahari terbenam, kolam renang infiniti, spa yang indah, serta jeti peribadinya tersendiri yang membolehkan tetamu keluar ke pulau lokasi terumbu karang di Taman Laut Tunku Abdul Rahman dalam masa 10 minit sahaja. Bahagian terbaik? Pantai Tanjung Aru yang popular berada beberapa langkah sahaja dari bilik anda. Ia menawarkan pemandangan matahari terbenam  yang terbaik dan ikonik di Sabah.

2. Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu

shangri la rasa ria kk best hotel in kota kinabalu sabah
Shangri-La rasa ria, Kota Kinabalu best hotel in kk
Shangri-La Rasa Ria dikelilingi lautan di satu sisi dan dinaungi hutan tropika yang subur di sisi satu lagi. Pusat peranginan pantai seluas 400 ekar ini mempunyai pantai persendirian sepanjang 3km, taman berlandskap, padang golf 18 lubang, kolam renang dan balkoni yang luas dengan pemandangan laut serta tab mandi peribadi. Anda akan menemui suasana rumah yang jauh dari rumah anda dalam mana-mana bilik yang selesa di sini dan boleh mengisi hari anda bersama alam semula jadi serta aktiviti pantai seperti jet ski, paralayar, kayak laut dan kembara jalan kaki.

3. Hilton Kota Kinabalu

hilton Kota Kinabalu best hotel in kk
Walaupun Hilton Kota Kinabalu tidak terletak di tepi pantai, ia merupakan lokasi yang ideal untuk meneroka bandar. Terletak di tengah-tengah KK, kebanyakan tarikan, kafe, restoran, pusat membeli-belah serta tempat hiburan di bandar terletak sama ada dalam jarak berjalan kaki atau pemanduan singkat sahaja. Anda boleh berjalan kaki ke tempat makan popular seperti Welcome Seafood Restaurant Borenos Fried Chicken untuk makan malam atau makan lewat malam! Bilik-bilik di sini sangat luas, bersih, dan memiliki segala yang anda perlukan untuk penginapan yang selesa. Pssst, jangan lupa bawa baju renang jika anda ingin berenang di kolam renang atas bumbung hotel!

4. The Magellan Sutera Resort

The Magellan Sutera Resort best hotel in kk kota kinabalu sabah
Daripada lobi mengagumkan ala rumah panjang yang memberi penghormatan kepada orang asli di Sabah hinggalah kolam renang yang berkilauan serta bilik yang selesa, The Magellan Sutera Resort adalah satu lagi hotel ikonik di KK. Kebanyakan bilik dan suite di sini menawarkan pemandangan laut dan Marina, dengan deretan kapal layar serta bot berlabuh. Anda juga boleh memilih bilik dengan pemandangan kehijauan yang subur atau taman berlandskap.

5. Hyatt Regency Kinabalu

hyatt regency kinabalu best hotel in kk kota kinabalu sabah
Rasai layanan mesra warga Sabah bertaraf 5 bintang di Hyatt Regency Kinabalu, sebuah lagi hotel mewah yang terletak di tengah-tengah bandar raya KK. Hotel ini menawarkan beberapa bilik paling luas di bandar ini. Kebanyakannya menawarkan pemandangan indah dari tingkap yang lebar. Akan sentiasa ada bilik untuk anda di Hyatt Regency tidak kira sama ada anda dalam lawatan perniagaan atau percutian, bersama rakan atau keluarga. Jeti Jesselton Point terletak dalam jarak berjalan kaki dari hotel. Ini sangat bagus jika anda bercadang untuk pergi ke lawatan pulau-pulau!
  • Alamat: Jalan Dato Salleh Sulong, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88991 Kota Kinabalu, Sabah

6. Kota Kinabalu Marriott Hotel

marriott hotel kinabalu best hotel in kk kota kinabalu sabah
Kota Kinabalu Marriott Hotel terletak di lokasi yang indah di tengah-tengah kawasan Pusat Perniagaan KK yang meriah. Hotel moden ini berada tidak jauh dari Waterfront atau dermaga yang terkenal di bandar ini. Sekitar kawasan ini penuh dengan restoran, bar, pusat beli-belah serta banyak lagi. Selain daripada biliknya yang anggun dan dihias dengan penuh bergaya, ia turut dikenali kerana memiliki bar atas bumbung yang indah, kolam tebing infiniti serta pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

7. Le Meridien Kota Kinabalu

le meridien kinabalu best hotel in kk kota kinabalu sabah
Hotel 5 bintang terakhir dalam senarai kami ialah Le Meridien Kota Kinabalu merupakan sebuah kawasan perlindungan bandar yang juga terletak di tepi pantai. Jika anda melancong bersama keluarga, pilihlah salah satu suite yang luas di hotel atau bilik keluarga dengan dua bilik tidur. Bilik ini sangat sesuai sekiranya anda melancong bersama anak-anak - sesetengah suite turut dilengkapi dengan tab mandi di balkoni! Kunjungi bar bumbungan pada waktu malam untuk menikmati koktel istimewa, hidangan kreatif serta pemandangan matahari terbenam yang indah.

Hotel dengan harga berpatutan dan mesra bajet di Kota Kinabalu

8. Holiday Inn Express Kota Kinabalu

holiday inn express best hotel in kk kota kinabalu sabah
Mencari penginapan yang selesa dan bebas kerumitan di KK? Holiday Inn Express Kota Kinabalu adalah pilihan yang tepat untuk masalah itu. Holiday Inn Express Kota Kinabalu menawarkan penginapan yang selesa serta mudah tanpa kos yang tinggi. Penginapan ini terletak di tengah-tengah bandar (hanya 13 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) dan dalam jarak berjalan kaki ke kafe, pusat beli-belah dan tarikan tempatan. 

9. Grandis Hotel dan Resort

grandis hotel best hotel in kk kota kinabalu sabah
Menawarkan akses secara terus ke pusat beli-belah dan hanya 5 minit berjalan kaki ke jeti, Hotel Grandis sangat ideal jika anda mahu berjalan-jalan di bandar. Daripada bilik deluxe yang selesa kepada studio yang luas, suite serta bilik keluarga, terdapat ruang untuk setiap jenis pengembara di sini. Pilih Bilik Deluxe Pemandangan Laut untuk pemandangan laut yang terbaik dan bilik mandi yang luas berserta tab mandi!
  • Alamat: Suria Sabah Shopping Mall, 1A, Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

10. The LUMA Hotel

the luma hotel best hotel in kk kota kinabalu sabah
LUMA Hotel berbangga menjadi hotel reka bentuk kreatif pertama di Kota Kinabalu! Hotel ini baru sahaja dibuka pada awal tahun ini dan ada banyak perkara menarik di dalamnya berbanding apa yang dilihat dari luar. Ia bukan sahaja memberi penghormatan terhadap budaya unik Sabah yang megah bahkan menjadi aspirasi yang menyokong bakat tempatan dan mempromosikan kelestarian alam sekitar. Jika anda sedang mencari penginapan yang comel dan estetik, LUMA adalah pilihan yang ideal untuk anda. Pilih bilik Palm Marvelous jika anda ingin berendam di dalam tab mandi!

11. Stanton Hotel

stanton hotel best hotel in kk kota kinabalu sabah
Ingin bermalam di bangunan warisan yang telah diperbaharui? Stanton Hotel merupakan kelahiran semula bangunan bersejarah yang sebelum ini dikenali sebagai Bangunan Insurans AIA Kota Kinabalu. Bangunan ini telah diubah suai menjadi hotel butik bernama Stanton pada hari ini. Ia menampilkan bilik yang diubah suai dengan penuh gaya di samping mengekalkan reka bentuk luaran era Georgia yang bersejarah - gabungan masa lalu dan masa kini yang sempurna.
  • Alamat: No.13, Lorong Karamunsing C, Jalan, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

12. AC Residence

sabah kk hotel ac residence
Terletak lebih kurang 1km dari Pasar Filipina Sabah yang terkenal dan Pasar Minggu Jalan Gaya, AC Residence menawarkan penginapan asas yang bersih serta selesa menjadikan setiap sen duit anda berbaloi. Kami juga melihat banyak ulasan memuji kakitangan yang rajin membantu serta layanan mesra tuan rumah di sini. ✨ Bahagian terbaik? Anda boleh dapatkan bilik dengan harga murah bawah RM150!
  • Alamat: Lot 78, Second Floor Block i, Jalan Singgah Mata, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

13. Toojou Kota Kinabalu

toojou hotel best hotel in kk kota kinabalu sabah
Toojou bercita-cita untuk menjadi rumah yang jauh dari rumah bagi para nomad, pengembara dan sosialit. Menjenamakan hotel ini sebagai hotel sosial, ia menampilkan bilik mampu milik namun sangat selesa serta ruang umum yang unik dan menyeronokkan termasuk stesen kerja, bar bumbungan yang funki dan kawasan umum dengan meja pool dan gelongsor! Anda boleh memilih dari katil kapsul di dorm yang bersih (p/s: ada bilik untuk wanita sahaja) atau bilik studio jika anda lebih sukakan privasi.

14. Kokol Haven Resort

Kokol Haven Resort best hotel in kk kota kinabalu
Jika anda mengutamakan ketenangan daripada kesibukan bandar, Kokol Haven Resort ialah pilihan yang tepat untuk anda. Terletak pada ketinggian 2400 kaki di paras laut di atas Gunung Kokol, resort ini menawarkan penginapan yang damai, selesa serta menawan dan dikelilingi alam semula jadi. Walaupun ia terletak jauh dari bandar, pusat bandar KK hanya 45 minit jarak pemanduan manakala Kokol Hill Elf yang memiliki pemandangan yang indah pula hanya 6 minit. Bilik-bilik di sini dibahagikan kepada sayap Matahari Terbenam dan Matahari Terbit, menawarkan pemandangan gunung yang hijau kebiruan, lembah-lembah serta Gunung Kinabalu yang tersergam megah.
  • Alamat: 10 km Jalan Kokol Kota Kinabalu Sabah

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu