10 Hotel Mewah 5 Bintang di Bangkok Serendah RM150/Malam

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 22 Nov 2023
MY BM blogheader - 5 star hotel bangkok thailand

Hotel 5 bintang di Bangkok yang tidak terlalu mahal

Hotel Muse Bangkok Langsuan
Bangkok mempunyai hotel lima bintang serendah RM150 satu malam jadi anda boleh merasai kehidupan mewah tanpa perlu menghabiskan banyak duit. Maksudnya anda akan ada lebih banyak duit untuk membeli-belah, aktiviti dan makanan!
Tenangkan fikiran anda (dan dompet!) dengan menempah hotel lima bintang Bangkok mampu milik ini yang sangat berbaloi:
  1. Novotel Bangkok di Siam Square
  2. Conrad Bangkok
  3. Millennium Hilton Bangkok
  4. Hotel Muse Bangkok Langsuan - MGallery
  5. Hotel VIE Bangkok - MGallery
  6. Hotel Nikko Bangkok
  7. Hotel Mövenpick Sukhumvit 15 Bangkok
  8. Radisson Suites Bangkok Sukhumvit
  9. Metropole Bangkok
  10. Hotel S31 Sukhumvit 

10 hotel 5 bintang terbaik di Bangkok

1. Novotel Bangkok di Siam Square - dari RM200/malam

Novotel Bangkok on Siam Square
Novotel Bangkok on Siam Square ada semua yang anda perlukan. Sama ada anda bercuti secara solo, bersama seisi keluarga, atau atas urusan kerja, hotel ini mempunyai semua kemudahan untuk anda seperti kolam renang, spa yang menenangkan, sudut untuk kanak-kanak dan bilik majlis. Novotel Bangkok juga terletak di tengah-tengah bandar sekali gus memberikan anda akses mudah ke tempat tarikan pelancong berdekatan, termasuk Siam Square, Siam Paragon Mall dan MBK Center.
Semasa lawatan anda ke Siam Paragon, jangan lupa singgah di SEA Life Bangkok Ocean World untuk melihat Ocean Tunnel, tempat tinggal jerung, ikan pari helang dan banyak lagi! Selain itu, anda boleh mendapatkan tiket skip-the-line di Klook!
  • Alamat: 392, 44 Siam Square Soi 6, Pathum Wan, Khet Pathum Wan, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen BTS Siam

2. Conrad Bangkok - dari RM450/malam

conrad bangkok
Terletak di Daerah Pusat Perniagaan Bangkok, Conrad Bangkok menawarkan keselesaan, gaya dan kemudahan, hanya beberapa minit dari stesen BTS melalui pengangkutan ulang-alik percuma. Anda boleh pergi ke destinasi beli-belah ikonik Siam dengan mudah dan pulang ke bilik moden anda untuk menyegarkan diri setelah seronok membeli-belah. Bersantailah dengan melawat spa di tingkat tujuh!
  • Alamat: 87/3 Wireless Rd, Lumphini, Pathum Wan, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen BTS Phloen Chit dan Stesen MRT Lumphini
  • Semasa anda berada di sini: Sambung membeli-belah dengan melawat ke Pasar Terapung Bangkok.
    Tempat pertemuan untuk lawatan ini hanya lapan minit dari hotel!

3. Millennium Hilton Bangkok - dari RM350/malam

Millennium Hilton Bangkok
Ingin melihat Bangkok lama? Buat tempahan di Millennium Hilton Bangkok untuk mendapatkan semua kemudahan dan banyak lagi. Sanktuari di tepi sungai ini menyediakan pemandangan perkampungan tradisional Bangkok yang indah serta Sungai Chao Phraya yang romantik dapat dilihat dari setiap bilik dan suite. Selain itu, tahukah anda bahawa spa di dalam hotel itu merangkumi dua tingkat? Jika anda ingin dapatkan urutan Thai klasik, inilah tempatnya!
  • Alamat: 123 Charoen Nakhon Rd, Khlong Ton Sai, Khlong San, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: BTS Gold Line Station

4. Hotel Muse Bangkok Langsuan – dari RM320/malam

Hotel Muse Bangkok Langsuan
Siapa yang tidak suka hiasan dalaman Eropah yang bergaya serta estetika bandar yang anggun? Hotel Muse Bangkok mempunyai semua kemudahan untuk pelancong yang sofistikated: layanan mesra Thai yang digandingkan dengan kemudahan yang luar biasa. Hotel ini juga mempunyai pelbagai pilihan tempat makan dan minum. Jangan lepaskan peluang ke Speakeasy Rooftop Bar untuk tamatkan hari anda dengan minuman koktel!
  • Alamat: 5, 555 Lang Suan Road Khwaeng Lumphini, Khet Pathum Wan, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen BTS Chit Lom

5. Hotel VIE Bangkok - MGallery - dari RM300/malam

Sebuah lagi hotel butik MGallery berada dalam senarai hotel mewah Bangkok kami. Terletak tinggi di kawasan beli-belah terkenal di Siam, Hotel VIE Bangkok mempunyai suite dengan tingkap-tingkap besar yang menawarkan pemandangan penuh panorama langit bandar. Untuk perjalanan santai yang terbaik, pastikan anda melawat spa organiknya dan mencuba Urutan Lilin Aromatik yang istimewa.
  • Alamat: 117 39 40 Phaya Thai Rd, Thanon Phetchaburi, Khet Ratchathewi, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen BTS Skytrain Ratchathewi

6. Hotel Nikko Bangkok - dari RM400/malam

hotel nikko bangkok
Bangun tidur dengan pemandangan bandar yang menakjubkan di Hotel Nikko Bangkok sebelum keluar ke Jalan Sukhumvit yang moden. Jika anda ingin memberikan diri sendiri ganjaran (itulah tujuan bercuti), cubalah Omakase di Omakase Ki Shin yang terletak di tingkat 3. Hanya beberapa langkah dari Stesen BTS Sky Train Thonglor, terdapat banyak bar dan kafe baharu di sekitar kawasan itu, sesuai untuk aktiviti kafe dan bar hopping!
  • Alamat: Thonglor 27 Thong Lo Rd, เเขวง คลองตันเหนือ Watthana, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen BTS Skytrain Thonglor
  • Semasa anda berada di sini: Lihat pemandangan terbaik Bangkok di Mahanakhon SkyWalk, dek balai cerap tertinggi di Thailand!

7. Hotel Mövenpick Sukhumvit 15 Bangkok - dari RM405/malam

hotel movenpick bangkok
Rasai servis Mövenpick betul-betul di tengah-tengah Bangkok! Di Hotel Mövenpick Sukhumvit 15 Bangkok, percutian anda dijamin selesa. Sangat mudah untuk anda berkunjung ke hab membeli-belah yang terkenal, pilihan tempat makan yang tidak berkesudahan dan pemandangan kehidupan malam yang meriah. Di dalam hotel, mereka mempunyai perkhidmatan ulang-alik tuk-tuk percuma, suite moden yang bergaya, bilik pancuran mandian, kolam renang atas bumbung yang lengkap bersama bar atas bumbung dan banyak lagi.
  • Alamat: 47 Sukhumvit Soi 15, Khwaeng Khlong Toei Nuea, Khlong Toei, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: stesen BTS Skytrain Asok atau stesen MRT Subway Sukhumvit
  • Semasa anda berada di sini: Rasai keseronokan dan kegembiraan menaiki mainan yang hebat termasuk kolam ombak terbesar di dunia di Siam Park City!

8.Radisson Suites Bangkok Sukhumvit - dari RM180/malam

Radisson Suites Bangkok Sukhumvit
Di Radisson Suites Bangkok Sukhumvit, ia lebih kepada percutian kulinari. Selain daripada biliknya yang selesa, hotel Bangkok ini terkenal dengan restoran dan barnya. Nikmati makanan India yang terkenal daripada penerima anugerah Plat Michelin 2020 di Punjab Grill. Untuk makanan Thai, pergi ke Mauve. Jika anda ingin berehat dengan minuman koktel, singgah bar lounge dan kafe Asqu. Di sini anda boleh menonton rancangan sukan, atau bersantai di Sip & Chill Rooftop Bar di tingkat lapan untuk menikmati minuman sambil melihat pemandangan yang menakjubkan.
  • Alamat: 23/2 Soi Sukhumvit 13, Khwaeng Khlong Toei Nuea, Klongtoey, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen BTS Skytrain Nana

9. Metropole Bangkok - dari RM160/malam

Dengan perabot kayu moden dan sofa kulit, Metropole Bangkok memberikan suasana masyarakat berkelas tinggi, jadi pastikan anda menikmatinya semasa berada di sini. Ingin tahu apa yang membezakan hotel Bangkok ini daripada hotel yang lain? Hotel ini mempunyai onsen sejuk!
  • Alamat: 2802 New Petchaburi Rd, Bang Kapi, Huai Khwang, Bangkok
  • Stesen BTS/MRT terdekat: BTS skytrain Thonglor

10. Hotel S31 Sukhumvit - dari RM200/malam

S31 Sukhumvit Hotel
Menginap di Hotel S31 Sukhumvit dan hampir dengan pusat beli-belah terbaik di Bangkok! Manjakan diri anda sepanjang hari, bermula dengan membeli-belah sakan, pada waktu malam pula, rehatkan badan anda yang letih di salah satu bilik mewah di hotel. Hotel lima bintang di Bangkok ini juga mempunyai kemudahan terkini yang dioptimumkan untuk membuat diri kembali muda, seperti spa dan sauna, jakuzi dan kolam air masin luaran yang lutsinar.
  • Alamat: 545 Sukhumvit Rd, Khlong Toei Nuea, Watthana, Bangkok 
  • Stesen BTS/MRT terdekat: Stesen Skytrain Prompong
  • Sementara anda berada di sini: Bersedia untuk membeli-belah sepanjang hari!
    Pusat beli-belah EmQuartier terletak dalam jarak lima minit jika berjalan kaki, manakala pusat beli-belah The Emporium terletak 10 minit jika berjalan kaki dari hotel!

Banyak lagi inspirasi untuk perjalanan anda ke Bangkok

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu