Panduan Lengkap Discover Seoul Pass: Keistimewaan, Manfaat dan Tip Penggunaan!

Klook Malaysia
Klook Malaysia
Last updated 27 Dis 2023
discover seoul pass

Nikmati Seoul dengan hanya satu pas

discover seoul pass
Dengan Discover Seoul Pass, anda boleh bercuti di bandaraya Seoul dengan harga paling murah. Antara kelebihannya adalah kemasukan percuma ke lebih 30 tarikan pelancong, kadar diskaun untuk beberapa aktiviti dan kedai, kad dengan reka bentuk pilihan, dan banyak lagi. Berikut merupakan beberapa maklumat tentang Discover Seoul Pass dan cara untuk mendapatkannya.

Fungsi Discover Seoul Pass

discover seoul pass
Discover Seoul Pass menawarkan akses selama 24, 48 dan 72 jam, bergantung kepada jadual dan tempoh percutian anda. Kad ini boleh digunakan di pelbagai tempat tarikan. Dengan tip dan maklumat percutian yang mereka (dan kami) tawarkan, anda boleh menuju dari satu destinasi ke destinasi lain tanpa risau tentang masa dan kosnya. Pas ini bukan saja memberi akses percuma ke kebanyakan tempat tarikan utama Seoul, tetapi juga menawarkan kadar diskaun untuk membeli-belah, menikmati pertunjukan dan mendapatkan pengangkutan.
discover seoul pass hanbok
discover seoul pass
Contohnya, setibanya anda di Seoul, anda boleh menebus satu kali perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar dengan menaiki kereta api AREX. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan kad SIM yang boleh digunakan selama sehari. Di bandar pula, anda boleh menyewa basikal secara percuma. Siapa sangka kad ini juga melindungi anda dengan insurans perjalanan? Kad ini memang menjanjikan pelbagai manfaat supaya anda dapat berseronok di Seoul dengan mudah.

Jenis-jenis Discover Pass Seoul

Seperti yang dikongsikan, kad ini menawarkan akses untuk tempoh yang berbeza. Sebenarnya, ia juga disediakan dalam dua versi iaitu kad fizikal dan pas mudah alih. Pas mudah alih menawarkan manfaat yang sama seperti pas fizikal. Kedua-dua jenis pas disertakan dengan aplikasi DSP yang menghubungkannya dengan kad anda. Ini membolehkan pengguna untuk memeriksa baki masa yang mereka ada. 
Pas Kad
Selain manfaat yang telah dikongsikan, ia juga boleh digunakan sebagai kad pengangkutan. Anda boleh menambah baki kad di kebanyakan kedai serbaneka atau mesin tambah nilai di stesen kereta api bawah tanah.
Pas Mudah Alih
discover seoul pass mobile pass
Dengan pilihan ini, anda tidak perlu memperuntukkan masa untuk mengambil kad ini. Ini boleh dikatakan susah kalau anda datang bercuti secara beramai-ramai. Malah, anda juga tidak akan kehilangannya. Tapi, sila ambil maklum yang anda tidak boleh menggunakannya sebagai kad pengangkutan.
Tapi, jangan risau kalau anda berubah fikiran selepas menempah pas mudah alih ini! Selagi anda membuat tempahan secara dalam talian, anda boleh mendapatkan pas fizikal di mana-mana tempat pengambilan yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, atau Pusat Maklumat Pelancong Myeongdong. Jika anda tidak membuat sebarang tempahan, anda boleh membeli Discover Seoul Pass di Bank KEB Hana, Lapangan Terbang Incheon atau kedai serbaneka CU.
Jika berada di Seoul, anda boleh membeli di Pusat Maklumat Pelancong Myeongdong atau di kedai tiket Bas Lawatan Bandar Seoul (di Gwanghwamun dan Dongdaemun Design Plaza).
*Disebabkan penularan COVID-19, pas hanya boleh diambil di Pusat Maklumat Pelancong Myeongdong (10:30 - 17:30)

Kelebihan The Discover Seoul Pass

seoul palace discover seoul pass
discover seoul pass lotte world
Lotte World
discover seoul pass eland han river cruise
Eland Han River Cruise
Berjimatlah dan kunjungi beberapa tarikan utama di Seoul dengan percuma. Antaranya termasuk Lotte World Adventure, Menara N Seoul, Istana Gyeongbokgung, Muzium Negara Korea Selatan dan banyak lagi. Selain menawarkan akses ke lebih 40 destinasi dan boleh memenuhi  pelbagai fungsi, berikut adalah sebab pas ini wajib didapatkan!
Masa & Kemudahan
Jimat masa bergerak ke sana-sini kerana anda boleh berjalan kaki ke tarikan-tarikan di pusat bandar, selatan dan barat Seoul.
Kesahihan
Kad ini dikeluarkan dan disahkan oleh kerajaan Korea. Walaupun ada individu yang menjual kad palsu, pastikan anda mendapatkannya daripada sumber yang telah dikongsikan!
Pelbagai pilihan
Adakah anda tahu, selain kad fizikal dan mudah alih, pengunjung juga boleh mendapatkan Discover Seoul Pass Plus Edition? Walaupun pengeluarannya terhad, anda boleh mengunjungi dan menikmati diskaun di tarikan-tarikan yang ada di luar Seoul!
Jimat kos
Salah satu manfaat utama pas ini tentulah kosnya yang menjimatkan! Anda boleh lihat kos asal untuk mengunjungi tarikan tertentu di Seoul.

Tarikan

Harga Asal

Dengan The Discover Seoul Pass

N Seoul Tower Observatory

RM58 (dewasa)

RM40 (kanak-kanak)

PERCUMA

Lotte World Adventure

RM130 (dewasa)

RM105 (kanak-kanak)

PERCUMA

Gyeongbokgung Palace

RM10 (dewasa)

RM5 (kanak-kanak)

PERCUMA

N Seoul Tower

RM58 (dewasa)

RM40 (kanak-kanak)

PERCUMA

COEX Aquarium

RM72 (dewasa)

RM65 (kanak-kanak)

PERCUMA

National Gugak Center Performance

RM72 (dewasa)

Diskaun 30%

Nota: harga yang dipaparkan ialah anggaran penukaran harga dalam Won Korea kepada RM dan adalah tepat pada masa penulisan.

Cara penggunaan Discover Seoul Pass

discover seoul pass how to use
Discover Seoul Pass boleh digunakan oleh pengguna Google Play Store dan Apple Play Store. Setelah anda mengambil kad ini dan memuat turun aplikasi DSP, anda akan diminta untuk segera melakukan pengaktifan. Kad dan aplikasi ini akan dihubungkan secara automatik selepas proses pengesahan. Anda boleh membuat pembayaran dengan kad ini dan tambah nilai secara langsung dan menggunakannya sebagai kad T-money. Jadi, lebih mudahlah untuk anda membeli-belah dan menggunakan pengangkutan awam di Seoul! Tempoh sah anda akan dikira bermula daripada penggunaan pertama di tarikan percuma. Diskaun di tempat tarikan, AREX atau Basikal Sewa Seoul tidak akan dikira kerana semua ini hanya boleh digunakan sekali. Malah, semua ini boleh ditebus selepas pas anda tamat tempoh.
discover seoul pass exo
Untuk peminat-peminat Kpop yang bercuti ke Korea, anda bertuah jika kumpulan kesukaan anda menghiasi pas ini ketika itu. Dari semasa ke semasa, Discover Seoul Pass dengan rekaan edisi terhad akan dikeluarkan. Contohnya, BTS, EXO dan beberapa kumpulan lain pernah menghiasi kad ini.
Memandangkan sekatan perjalanan telah dilaksanakan, sila semak waktu operasi dan pelarasan khas yang ditetapkan sebelum datang, kerana ia tertakhluk kepada perubahan. Pelbagai tarikan mengadakan acara istimewa pada waktu tertentu dalam setahun. Contohnya, Hari Budaya diadakan pada Rabu terakhir setiap bulan untuk istana diraja dan muzium seni. Selain itu, ada juga acara percuma untuk warga emas sepanjang tahun. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Layari laman sesawang Discover Seoul Pass untuk melihat manfaat yang ditawarkan supaya anda boleh mula merancang dan nikmati diskaun jika menempah melalui Klook!

Buku Panduan Elektronik Discover Seoul Pass

discover seoul pass e-guidebook
Perlukan bantuan untuk merancang percutian dengan Discover Seoul Pass? Muat turun jadual perjalanan sehari elektronik percuma kami untuk mendalami budaya dan tarikan bersejarah Seoul dalam sehari!

Pelbagai panduan percutian di Korea

💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
✍️ Blog | 📘 Facebook | 📷 Instagram | 📱 TikTok | 📕 Xiaohongshu