10 Bazaar Ramadan Terbaik & Ikonik di Lembah Klang
Tahun ni, kita sambut Raya dengan JOY! 🌟
Pasti ramai yang dah sibuk buat persiapan untuk Raya bila masuk bulan Ramadan ni - nak beli baju baru, kasut baru, langsir baru, perabot baru. Kalau boleh, semua lah nak baru! 🤪 Apa kata tahun ni, kita Raya cara baru? Tahun ini, kita Raya dengan JOY! 🤩 Nampak tak Cik JOY dah siap pegang kuih-muih kat atas tu? 🍪
Cik JOY dah tak sabar-sabar nak sambut Raya cara Klook dan Cik JOY pun nak bagitahu yang anda boleh nikmati diskaun 7% bufet ramadan & flash deals 90%. Anda juga berpeluang untuk rebut diskaun sehingga RM120! Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi bufet Ramadan sebanyak 40 pax di Klook! Menarik kan? paling best, korang boleh menang duit raya RM20 bila main Raya Bingo dan juga percutian ke Penang! Sponsored by Klook! 😍
Ada banyak flash deals yang akan berlangsung sepanjang Ramadan dan Raya ini di Klook, pastikan anda set reminder ok!
- 5 Mac : Diskaun 90% Restoran & Baucar Makan
- 12 Mac : Diskaun 90% Restoran & Baucar Makan
- 19 Mac : Diskaun 90% Tarikan & Lawatan
- 26 Mac : Diskaun 90% Tarikan & Lawatan
Senarai Bazaar Ramadan best 2025!
1. Bazaar Ramadan Wangsa Maju
Dekat dengan Stesen LRT Wangsa Maju (hampir dengan AEON Wangsa Maju), Bazaar Ramadan Wangsa Maju ni memang mudah diakses dan penuh dengan pilihan makanan yang sedap. Kalau korang suka berjalan sambil survey sebelum beli, bazaar ni memang sesuai. Ada pelbagai stall dengan makanan yang menggoda – jangan lupa cuba cempedak goreng, daging harimau menangis, dan kebab panas yang sedapnya bukan main! 😯 Siap dengan pemandangan dan suasana yang santai, memang tak rugi singgah sini!
2. Bazaar Ramadan Bukit Bintang
Kalau korang jalan-jalan di tengah KL, memang tak sah kalau tak singgah di Bazaar Ramadan Bukit Bintang! Terletak betul-betul di depan McDonald's Bukit Bintang yang terkenal, bazaar ni memang ‘must-visit’. Walaupun tak sebesar bazaar lain, semua makanan klasik ada di sini, dari nasi briyani, nasi lemak, roti john, hingga banyak lagi. Sebab kawasan ni selalu sesak, kami cadangkan guna pengangkutan awam je – stesen Monorel Bukit Bintang dan MRT ada dekat sangat! Jadi, senang je nak datang!
3. Bazaar Ramadan TTDI
Kalau korang tinggal dekat Taman Tun Dr Ismail (TTDI), memang bazaar ni tak boleh dilepaskan! Lokasinya di Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI, dan ada banyak pilihan makanan yang pastinya menggugah selera – dari taco brisket asap, nasi beriani gam, jus tebu segar, hingga ikan bakar. Jangan lupa cuba cheese wheel mac and cheese yang viral pada 2023 tu! Dan ada satu stall popiah basah yang dah wujud lebih 20 tahun, memang wajib cuba! Kalau datang, korang mesti nampak barisan panjang dulu sebelum jumpa stall tu 😉
4. Bazaar Ramadan Taman Melawati
Salah satu bazaar terbesar di L embah Klang, bazaar ni terletak di tempat letak kereta yang luas di Taman Melawati. Korang boleh pilih makanan apa je – dari ayam goreng, apam balik, hingga char kuey teow! Antara yang paling sedap di sini adalah onde-onde yang baru dibuat – letusan gula melaka yang manis tu memang sedap sangat!
Tip Klook: Kalau tak dapat parking tepi jalan, boleh park di Melawati Mall je, lepas tu jalan sikit ke bazaar!
5. Bazaar Ramadan Kampung Baru
Dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas, Bazaar Ramadan Kampung Baru ni memang ikonik! Salah satu makanan terbaik kat sini adalah bubur lambuk – makanan tradisional yang sangat menenangkan hati. Kalau nak iftar yang simple dan sedap, takde yang lebih baik dari semangkuk bubur lambuk yang panas tu!
6. Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam
Bagi orang Shah Alam, Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam ni adalah ‘heaven’ untuk foodies. Lokasinya di Padang Dataran Shah Alam, Seksyen 13, dan ada banyak stall jual makanan dari roti jala dengan kuah durian, ayam panggang BBQ, roti john yang cheesy, sampai murtabak Singapura. Kalau tak tahan godaan bau dan rupa makanan, boleh ‘terbang’ je terus ke sini!
7. Bazaar Ramadan Bangsar
Kalau korang mencari bazaar yang tak terlalu besar dan penuh dengan makanan klasik, Bazaar Ramadan Bangsar adalah tempat yang sesuai. Walaupun lebih kecil, lokasi yang strategik (hanya 15 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Bangsar) menjadikannya pilihan popular. Di sini, korang boleh dapatkan putu piring, makanan laut bakar, dan ayam percik yang memang sedap!
8. Bazaar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman
Berdepan dengan bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, Bazaar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman ni tak perlu diperkenalkan lagi. Bazaar besar ni penuh dengan stall yang menjual kuih muih, ayam percik, ikan bakar, nasi campur, mee goreng dan banyak lagi! Kalau nak berbuka di sini, ada banyak tempat duduk yang selesa untuk korang santai sambil menikmati iftar.
9. Bazaar Ramadan Seksyen 14, PJ
Bazaar Ramadan Seksyen 14 ni memang salah satu yang paling lama dan terkenal di Petaling Jaya. Walaupun bazaar ni kecil, ia tetap penuh dengan makanan yang sedap! Stall popiah basah Penang memang popular, jadi kalau nak beli, kena datang awal! Selain itu, stall seafood bakar, ayam panggang, dan kambing bakar juga antara yang paling dicari. Makanannya tak pernah mengecewakan!
10. Bazaar Ramadan Masjid India
Nak rasa makanan Indian-Muslim yang sedap untuk iftar? Bazaar Ramadan Masjid India adalah tempat yang wajib korang singgah! Terletak dekat Masjid India, bazaar ni terkenal dengan makanan-makanan yang menggugah selera – dari ayam tandoori hingga putu mayam. Selain makanan, ada juga bahagian yang menjual pakaian, mainan, kuih raya, dan banyak lagi – jadi boleh buat persediaan Raya sambil makan-makan!
11. Bazaar Ramadan Putrajaya
Bazaar Ramadan Putrajaya makin popular setiap tahun. Salah satu stall paling terkenal di sini adalah sotong gergasi dengan mi goreng. Di sini, korang juga boleh dapatkan ayam panggang, sup tulang, popiah basah, dan pelbagai minuman sejuk untuk menyegarkan diri. Kalau nak hidangan lengkap, cuba nasi kerabu, bakso beranak, atau Sarawak laksa. Jangan lupa singgah ke stall manisan seperti doughnut dan roti kukus berisi yang sangat sedap!
Jadi, korang dah tahu kan bazaar-bazaar mana yang wajib korang kunjungi tahun ni? Tak kiralah korang suka makanan tradisional atau yang baru viral, pasti ada sesuatu yang menggoda selera di setiap bazaar Ramadan ni. So, apa tunggu lagi? Jom serbu! 🌙
Lebih banyak inspirasi Ramadan & Raya di sini!
Nak menangi bufet Ramadan yang sebanyak 40 Pax di Ballroom, Palm Garden? 🥘
Mesti best kalau dapat berbuka puasa dengan bufet Ramadan di hotel bersama yang tersayang, kan? Tapi lagi best kalau dapat pakej bufet Ramadan tu secara PERCUMA! 🤩 Ya, kami nak bagi pakej bufet Ramadan kepada 40 pemenang bertuah secara percuma. Klook dah bagi kepada 30 pax dah minggu pertama ramadan, pemenang dah enjoy dah.. tapi jangan risau ada chance lagi untuk menang! Sentiasa follow social media Klook tau!
Diskaun 5% untuk tempahan pertama anda 🧡
Baru kenal Klook? Muat turun Aplikasi Klook dan gunakan kod <BETTERONAPP> untuk nikmati diskaun 5% untuk tempahan pertama anda di Klook! Dari pakej hotel hingga tiket tarikan dan baucar makan, kami ada tawaran dan pengalaman terbaik khas untuk anda.
Muat turun Aplikasi Klook: App Store | Google Play
💡 Tip Klook 💡 Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 10% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <NEWPLAY10>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun 📲
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. 🧡
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:


































