9 Aktiviti Best Dan Mesra Bajet Di Switzerland

Adhira Dianna
Adhira Dianna
Last updated 13 Jul 2023
MY BM 10 Aktiviti Best Dan Mesra Bajet Di Switzerland

Aktiviti menarik yang budget-friendly di Switzerland! ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ

MY BM chanwon in switzerland
Kredit: @chanwon92
Pernah terpikir nak melancong ke Switzerland tapi risau bajet tak cukup? Jangan risau, sebab kali ni kami akan kongsi aktiviti-aktiviti seronok dan yang pastinya mesra bajet di Switzerland ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ
Switzerland terkenal dengan keindahan alamnya yang menakjubkan ๐Ÿ”๏ธ๐ŸŒฟ, gunung-gunung tinggi, tasik-tasik cantik, dan bandar-bandar menarik. Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di sini sambil menikmati keindahan alam semulajadi Switzerland!
MY BM aktiviti bajet di Switzerland
Kredit: Nolan Di Meo (Unsplash)
Jom kita tengok apakah aktiviti-aktiviti best yang anda boleh buat di Switzerland tanpa perlu sakit kepala fikir tentang bajet. Semua aktiviti ini adalah bawah RM200 bagi seorang dewasa, dalam 38 CHF! Dengan Klook, anda boleh merancang perjalanan ke Switzerland dengan lebih mudah! Jadi, tunggu apa lagi? Explore negara Switzerland dengan Klook!
Get Europe travel discounts with Klook's Enchanting Europe campaign
Nikmati kod promosi dengan diskaun sehingga RM280 hanya untuk anda! Jangan lupa untuk dapatkan pass kereta api popular kami juga untuk perjalanan yang lebih menjimatkan!

1. Kunjungi Ballenberg, Museum Open-Air Swiss ๐Ÿ 

BM MY aktiviti bajet di Switzerland
Kredit: @rizykhai
Kunjungi Ballenberg, Museum Open-Air Swiss ni! Muzium ni memang sangat menarik, anda boleh tengok dan hidupkan kembali budaya serta sejarah Switzerland dengan cara yang menyeronokkan! Lokasinya di tengah-tengah alam semulajadi indah, di wilayah Bernese Oberland.
Muzium ni seperti throwback ke zaman dahulu, dimana semua bangunan dibina dengan teliti sehingga memang nampak sama masa dulu. Anda juga boleh join pertunjukan tarian tradisional, buat kraf tangan atau berehat sambil makan makanan khas Swiss di restoran. Kalau anda nak berjalan-jalan di sekitar muzium ni, ada taman botani dan ladang serta haiwan ternakan. Memang tempat yang sempurna untuk anda relax sambil nikmati keindahan alam semulajadi!
Harga kemasukan ke muzium ini adalah 32 CHF, dalam RM170 tapi anda boleh masuk secara percuma jika anda ada Swiss Travel Pass!

2. Lihat hasil seni di Muzium Paul Klee, Bern ๐Ÿ–ผ๏ธ

BM MY Muzium Paul Klee Bern Switzerland
Kredit: @zentrumpaulklee
Anda wajib lawat Muzium Paul Klee di Bern kalau anda sangat sukakan seni ๐ŸŽจ dan suka tengok hasil kreativiti yang unik! Muzium ini khas untuk menghormati Paul Klee, seorang pelukis ๐Ÿ–ผ๏ธ terkenal dari Switzerland. Muzium ni adalah pameran bagi semua hasil seni beliau yang memukau โœจ
BM MY Muzium Paul Klee Bern Switzerland
Kredit: @zentrumpaulklee
Paul Klee ni memang mahir dalam menggabungkan warna dan bentuk. Beliau terkenal dengan gaya abstrak dan ekspresif. Karya-karya beliau mempunyai sentuhan imaginasi yang unik, gabungan cubism, surrealism, dan primitivism. Di muzium Paul Klee, anda boleh berjalan dan lihat pelbagai jenis hasil seni termasuk lukisan, sketsa, dan patung.
Anda akan lebih faham tentang visi seni beliau dan sumbangan beliau dalam seni moden. Jadi, kalau anda minat seni atau nak explore gaya seni yang unik, Muzium Paul Klee adalah tempat untuk bagi anda inspirasi, ilmu, dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap kuasa ekspresi seni! ๐ŸŽจ๐Ÿ–ผ๏ธ๐Ÿ–Œ๏ธ
Harga kemasukan adalah 20 CHF, dalam RM108 tapi anda boleh masuk secara percuma dengan Swiss Travel Pass!

3. Nikmati pemandangan indah Air Terjun Rhine ๐ŸŒŠ

MY BM Air Terjun Rhine Switzerland
Kredit: @rmb17 (Unsplash)
Air Terjun Rhine atau Rhine Falls adalah destinasi yang memukau dan pasti akan membuat anda rasa kagum! Terletak di wilayah Schaffhausen, Switzerland, air terjun ini merupakan salah satu air terjun terbesar di Eropah.
Anda boleh datang ke sini dengan mudah melalui pelbagai cara. Bagi pengguna pengangkutan awam, anda boleh ambil kereta api ke stesen Neuhausen am Rheinfall dan dari situ ada perkhidmatan bas ๐ŸšŒ yang menghubungkan ke kawasan air terjun. Bagi yang sewa kereta ๐Ÿš™, ada juga kemudahan tempat letak kereta di sekitar air terjun. Pastikan anda ikut arahan parkir dengan betul ya! Kalau anda ada Swiss Travel Pass, anda boleh menaiki kereta api dan bas secara percuma! Harga kemasukan ke Rhine Falls adalah 5 CHF, dalam RM27 tapi percuma bila anda guna Swiss Travel pass.
MY BM Air Terjun Rhine, Rhine Falls
Kredit: @roadtripwithraj (Unsplash)
Apabila sampai di Air Terjun Rhine, anda akan disajikan pemandangan yang menakjubkan ๐Ÿž๏ธdengan air yang mengalir deras dan menghempas dari ketinggian! ๐ŸŒŠ Anda boleh menikmati keindahan semulajadi ini dari jambatan dan platform pemandangan yang khas untuk pengunjung. Kalau anda nak pengalaman yang lebih dekat dan mencabar, anda boleh naik bot yang akan menghampiri air terjun. Anda juga boleh dapatkan lawatan half-day ke Air Terjun Rhine dan boleh naik lif panaromik dari Zurich di Klook!

4. Melawat perpustakaan St. Gallen's Abbey ๐Ÿ“š

MY BM Perpustakaan St. Gallen's Abbey di Switzerland
Kredit: @lisashaqiri
Perpustakaan St. Gallen's Abbey di Switzerland wajib untuk dikunjungi, terutama kalau anda sukakan sejarah, dan seni bina yang cantik ๐Ÿฐ Sebahagian dari kompleks St. Gallen's Abbey telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia. Koleksi manuskrip dan buku dari zaman kuno memang sangat menarik, lebih 1700 manuskrip kuno, teks agama, klasik, dan karya sastera yang penting ๐Ÿ“š
MY BM Perpustakaan St. Gallen's Abbey di Switzerland
Kredit: @lisashaqiri
Yang bestnya lagi, bangunan perpustakaan ini pun memang sangat menarik. Gaya seni bina Barok dan Rococo sangat cantik, dengan ornamen dan fresko yang kreatif. Kalau anda minat seni atau sejarah, pasti anda akan teruja dengan suasana di dalam perpustakaan ni. Jadi, jangan terlepas peluang untuk merasai sejarah dan kecantikan seni Perpustakaan St. Gallen's Abbey ni bila anda melancong ke Switzerland!
Harga tiket kemasukan adalah 18 CHF iaitu dalam RM97. Masuk secara percuma dengan Swiss Travel Pass!

5. Lihat dunia coklat di Lindt Home of Chocolate, Zurich ๐Ÿซ

BM MY Lindt Home of Chocolate Switzerland
Kredit: @lindthomeofchocolate
Lindt Home of Chocolate di Zurich adalah destinasi impian bagi pencinta coklat ๐Ÿซ Terletak di Kilchberg, Zurich, tempat ini merupakan kompleks yang menggabungkan kilang coklat, muzium, kedai coklat, dan pengalaman interaktif. Anda dapat menyaksikan proses pembuatan coklat yang menakjubkan di kilang coklat sebenar dan pelajari sejarah serta teknik pengilangan coklat. Selain itu, anda juga boleh menjelajahi muzium yang memaparkan koleksi coklat dan artifak unik, serta mengambil bahagian dalam pengalaman interaktif seperti membuat coklat sendiri ๐Ÿซ
BM MY Lindt Home of Chocolate Switzerland
Kredit: @lindthomeofchocolate
Melawat Lindt Home of Chocolate adalah satu pengalaman yang best bagi pencinta coklat. Anda dapat memuaskan keinginan untuk melihat, menyentuh, dan rasa pelbagai jenis coklat yang sedap! ๐Ÿ˜‹ Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai keajaiban coklat di Lindt Home of Chocolate di Zurich. Tempah tiket kemasukan ke Lindt Home of Chocolate di Klook!

6. Kunjungi Istana Chillon ๐Ÿฐ

BM MY Chillon Castle
Kredit: @andreacaramello (Unsplash)
BM MY Chillon Castle
Kredit: @abnair (Unsplash)
Istana Chillon, juga dikenali sebagai Chillon Castle, adalah destinasi menarik di dekat Geneva, Switzerland. Ia adalah salah satu istana paling terkenal di Swiss dan menawarkan pengalaman yang mengagumkan. Dibina pada abad ke-12, istana ini mempunyai seni bina yang cantik dan pemandangan yang menakjubkan. Pengunjung boleh menjelajahi ruang-ruang yang indah dan menikmati cerita sejarah yang menarik yang berkaitan dengan istana ini. Melawat Istana Chillon adalah peluang unik untuk mengalami sejarah dan seni bina yang mempesona.
BM MY Chillon Castle
Kredit: @m_slom (Unsplash)
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat Istana Chillon dan mengagumi keindahan sejarah serta seni bina yang terdapat di dalamnya semasa melancong ke Switzerland! Tempah tiket kemasukan ke Istana Chillon di Klook! Harga kemasukan adalah CHF13.50 dalam RM72 tapi anda boleh guna kod promosi Klook atau masuk secara percuma dengan Swiss Travel Pass!

7. Kenali Switzerland di Muzium Kebangsaan Switzerland ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ

BM MY Swiss National Museum
Kredit: @rgaleriacom (Unsplash)
Muzium Kebangsaan Switzerland (Swiss National Museum) di Zurich adalah destinasi yang wajib dikunjungi. Terletak di bandar Zurich, muzium ini memaparkan warisan budaya dan sejarah Switzerland dengan koleksi yang luas. Pengunjung boleh tengok artifak-artifak penting seperti seni bina, lukisan, pakaian tradisional, dan perhiasan yang memperlihatkan kebudayaan Swiss ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ Muzium ini juga menawarkan pameran interaktif dan maklumat mendalam tentang perkembangan negara ini!
Anda boleh explore warisan budaya dan sejarah Swiss ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ. Dengan koleksi yang menarik dan maklumat yang jelas, pengunjung dapat memahami lebih dalam perkembangan dan pencapaian Switzerland. Harga kemasukan adalah 10 CHF dalam RM54 tapi anda boleh masuk secara percuma dengan Swiss Travel Pass!

8. Lawati Muzium Olimpik, Lausanne ๐Ÿ†

BM MY Olympic Museum, Lausanne
Kredit: @olympicmuseum
Muzium Olimpik di Lausanne adalah destinasi yang mengagumkan dan wajib dikunjungi, terutama bagi penggemar sukan dan Olimpik. Terletak di Lausanne, Switzerland, muzium ini didedikasikan untuk memaparkan sejarah, kebudayaan, dan semangat Olimpik di seluruh dunia ๐ŸŒŽ
BM MY Olympic Museum in Lausanne
Kredit: @olympicmuseum
Muzium Olimpik menawarkan pengalaman yang interaktif dan menarik. Pengunjung dapat menjelajahi koleksi yang kaya termasuk artifak-artifak Olimpik, pakaian sukan, peralatan, dan video inspirasi ๐Ÿ‘Ÿ๐ŸŽฝ Pengunjung juga boleh mencuba permainan interaktif, seperti simulasi olahraga, untuk merasai pengalaman Olimpik yang lebih dekat.
Harga kemasukan adalah 18 CHF dalam RM97 tapi tak perlu bayar apa-apa jika anda ada Swiss Travel Pass!

9. Naik funikular ke Harder Kulm di Interlaken ๐Ÿž๏ธ

BM MY Harder Kulm Interlaken
Kredit: @dianashturm (Unsplash)
Harder Kulm adalah destinasi yang menakjubkan dan wajib dikunjungi jika anda pergi ke Interlaken, Switzerland. Tempat ini menawarkan pemandangan indah dan panorama yang menakjubkan ๐Ÿ”๏ธ
Untuk pergi ke Harder Kulm, anda boleh naik funikular dari bandar Interlaken. Perjalanan dengan funikular itu juga pengalaman yang menarik. Dari Harder Kulm, anda dapat melihat keindahan danau dan gunung-gunung Alpen yang mengelilingi kawasan Interlaken ๐Ÿž๏ธ
BM MY Harder Kulm Interlaken
Nikmati perjalanan dengan funikular dan saksikan pemandangan yang menakjubkan dari puncak Harder Kulm. Pengalaman ini adalah kenangan yang tak boleh dilupakan bagi percutian anda di Switzerland!
Anda boleh tempah tiket funikular ke Harder Kulm di Klook! Harga tiket kemasukan jika walk-in adalah 40 CHF, dalam RM213 tapi kalau anda ada Swiss Travel Pass - anda boleh dapatkan tiket kemasukan dengan 50%!

Terokai Switzerland ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ๐Ÿž๏ธโœจ

MY BM Chanwon in Switzerland
Tunggu apa lagi? Jom rancang percutian anda ke Switzerland bersama Klook! Nikmati diskaun sehingga RM280 โœจ Dapatkan Swiss Travel Pass untuk percutian yang lebih menjimatkan ๐Ÿค‘ Anda boleh lawat lebih 500 tempat tarikan seperti muzium dan pameran, penggunaan tanpa had bagi pengangkutan awam (bas, bot, kereta) lebih daripada 90 bandar. Nikmati diskaun sehingga 50% bagi kereta kabel dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di www.myswitzerland.com

๐Ÿ’ก Tip Klook ๐Ÿ’ก Muat turun aplikasi Klook sekarang untuk dapatkan informasi terkini tentang tawaran perjalanan terbaik khas untuk anda! Nikmati 5% diskaun bagi tempahan pertama anda dengan menggunakan kod promo <BETTERONAPP>. Tertakluk kepada terma & syarat.
Boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store. Klik di sini untuk muat turun ๐Ÿ“ฒ
Apa itu Klook?
Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di seluruh dunia, merangkumi lebih daripada 400 destinasi dan 100,000 perkhidmatan perjalanan! Misi Klook adalah untuk membantu pelancong dari seluruh dunia menerokai, menempah dan merasai pengalaman terbaik di mana-mana sahaja, pada bila bila masa - termasuk tarikan, aktiviti, kereta sewa, lawatan, pengangkutan tempatan, wifi dan kad SIM. ๐Ÿงก
Ikuti kami untuk inspirasi perjalanan & tawaran terkini:
โœ๏ธ Blog | ๐Ÿ“˜ Facebook | ๐Ÿ“ท Instagram | ๐Ÿ“ฑ TikTok | ๐Ÿ“• Xiaohongshu