Tiket Crocodile Adventureland Langkawi
- Luangkan masa sehari untuk mengagumi keindahan alam semula jadi dengan lawatan ke Crocodile Adventureland!
- Nikmati pemandangan tumbuhan yang subur sambil menerokai taman buaya di Langkawi
- Lihat jurulatih berinteraksi dengan buaya tanpa rasa gentar semasa pertunjukan
- Tangkap gambar buaya semasa mereka berehat dan diberi makan oleh kakitangan yang profesional dan terlatih
- Saksikan lebih daripada seribu buaya di habitat semula jadi semasa anda berjalan di sekitar taman
Mengenai aktiviti ini
Kagumi keindahan flora dan fauna Malaysia dengan melawati Crocodile Adventureland, sebuah taman tempatan seluas sepuluh ekar di kepulauan Langkawi. Pelawat berpeluang melihat buaya yang menakutkan di habitat semula jadi mereka yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Lihat lebih daripada 1,000 buaya yang berbeza semasa menerokai pelbagai fasiliti yang disediakan di taman sambil menyaksikan sesi interaksi antara jurulatih dengan buaya besar. Selain itu, Crocodile Adventureland kini juga menempatkan salah satu spesies buaya terbesar di dunia. Buaya besar kira-kira 4.68 meter ini merupakan buaya terpanjang yang pernah ditemui di Malaysia setakat ini. Lihat juga jurulatih mencapai mulut makhluk bergigi tajam tanpa gentar semasa pelbagai pertunjukan! Jika anda tidak berasa takut, anda boleh cuba berdiri di atas jambatan kayu di tengah-tengah The Bridge Pond untuk peluang menangkap gambar dengan buaya besar. Jangan lupa singgah ke kedai cenderahati sebelum anda keluar dari Crocodile Adventureland untuk membawa pulang kenangan yang indah bagi lawatan yang menarik ini!











Maklumat tambahan
Kawalan Kebersihan dan Langkah Berjaga-jaga
- Daftar Masuk MySejahtera
- Stesen saringan suhu sebelum memasuki aktiviti
- Pembersihan fasiliti yang kerap setiap hari
- Pelawat digalakkan untuk menggunakan pembersih tangan yang disediakan di sepanjang aktiviti
- Pelawat diwajibkan memakai pelitup muka
- Penjarakan sosial 1 meter yang diawasi
- Had kemasukan pelawat
Lokasi





