Lawatan Matahari Terbenam di Kahung Beach dan Promthep Cape dengan Menaiki Katamaran Layar
Mulakan pelayaran singkat ini dengan menaiki katamaran dan terokai perairan jernih antara Phuket, Promthep Cape, dan Pantai Nui! Dengan menyertai lawatan ini, anda bukan sahaja akan mempelajari tentang permata tropika ini daripada pemandu anda yang berpengetahuan, malah anda juga berpeluang untuk bersiar-siar dan bersantai di Pantai Nui! Tambahan pula, anda juga akan dihidangkan makan malam di atas katamaran. Ia mengandungi pelbagai makanan lazat bermula daripada salmon sashimi hingga stik ayam! Wain juga akan dihidangkan. Kumpulan anda akan menikmati hidangan ini sambil menyaksikan matahari terbenam. Ia akan menjadi pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk kumpulan anda, atau masa yang romantik jika anda bersama orang tersayang.




