Zoolympix Village
Selamat datang ke Zoolympix Village, tempat kesemua 10 cabaran di ilhamkan daripada hidupan liar digabungkan dalam satu arena yang penuh dengan aksi.
Kumpul keluarga anda, ambil kad aktiviti anda dan uji kemahiran anda sambil mengharungi pengalaman mendalam yang diilhamkan daripada kehebatan luar biasa Stars of Mandai.
Sama ada anda menyusur kanopi, mengimbang di atas puncak pokok atau merentasi trail hutan hujan, setiap cabaran membawa anda selangkah lebih dekat untuk menjadi seorang Zoolympian.
Sahut cabaran yang diilhamkan daripada kebolehan luar biasa Stars of Mandai. Kumpul kad aktiviti anda dan uji kemahiran anda!
Langkah masuk ke dunia mereka sambil mengenali kisah, personaliti dan kebolehan yang membantu haiwan ini terus hidup di dalam habitat liar.
Ketahui keperluan hidupan liar untuk terus hidup dan usaha yang kami lakukan untuk membantu mereka.
Terokai Zoolympix Outposts di seluruh taman kami, selesaikan cabaran bonus dan temui Stars of Mandai secara bersemuka.
Dapatkan inspirasi untuk mengambil tindakan demi hidupan liar selepas lawatan anda dan sertai kami dalam melindungi haiwan serta habitat mereka.
Zoolympix Outposts – Cabaran Berterusan Merentasi Taman
Fikirkan anda telah menakluki Zoolympix Village?
Teruskan perjalanan Zoolympian anda dengan mencari Zoolympix Outposts khas yang terletak di tarikan Mandai Wildlife Reserve.
Setiap Outpost menampilkan cabaran bonus, penemuan menyeronokkan dan peluang untuk mendekati Stars of Mandai yang memberi inspirasi kepada permainan ini.
Sepanjang perjalanan, anda akan mendedahkan fakta haiwan yang menarik, menemui kebolehan unik dan digalakkan untuk melawat haiwan bintang di pameran mereka.