Semasa bulan Ramadan:
Isnin - Ahad: 09:00 - 16:30

Saksikan keunikan fauna Malaysia melalui lawatan ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, sebuah ladang tempatan berkeluasan 6,000 kaki persegi di bandar bersejarah Melaka. Ladang ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang indah dan subur. Di ladang ini, pelawat akan berpeluang untuk melihat pelbagai spesies buaya ganas di habitat semula jadinya. Lihat lebih daripada 100 buaya dengan spesies yang berbeza semasa menerokai pelbagai fasiliti yang disediakan di taman sambil menyaksikan sesi interaksi antara jurulatih dengan buaya besar. Selain itu, taman ini juga menempatkan pelbagai haiwan lain seperti emu, kura-kura, rusa, reptilia, rakun, dan banyak lagi. Jangan terlepas untuk mengunjungi Miniature Malaysia di mana anda akan melihat pelbagai replika bangunan ikonik di Malaysia. Terdapat juga taman air di mana anda boleh menikmati kesegaran air bersama orang tersayang terutamanya semasa cuaca panas. Tunggu apa lagi? Jomlah singgah ke Taman Buaya Melaka apabila anda bercuti di Melaka!
Semasa bulan Ramadan:
Isnin - Ahad: 09:00 - 16:30
Taman Buaya dan Rekreasi Melaka