Pengalaman Meluncur Ais di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur
- Mencari cara unik untuk melarikan diri dari kepanasan cuaca di Kuala Lumpur? Rasai pengalaman meluncur ais di Malaysia!
- Sunway Pyramid Ice ialah hiburan sukan ais bertaraf dunia pertama di Malaysia yang terletak di lokasi strategik, Sunway Pyramid Mall
- Belajar cara meluncur ais dengan bantuan jurulatih yang mesra dan profesional
- Gelanggang ais di Sunway Pyramid Ice pernah menjadi tapak penganjuran untuk banyak kejohanan antarabangsa yang termasyhur seperti Skate Malaysia, Skate Asia dan World Ice Hockey 5's
- Uji keseimbangan dan ketahanan anda di gelanggang ais 39m x 22.5m bersama peminat luncur yang lain
- Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak!
- Rancang lawatan yang menyeronokkan bersama rakan atau keluarga anda
- Tempah tiket Sunway Lagoon anda dan luangkan masa sehari untuk melawat 6 zon bertema
Mengenai aktiviti ini
Gelanggang meluncur ais bertaraf dunia di Sunway Pyramid Ice sangat sesuai untuk semua golongan, tidak kira anda seorang peluncur profesional atau peluncur baharu. Reka bentuk gelanggang luncur ais yang licin berkilat dan moden di Sunway Pyramid menyediakan tempat yang sesuai untuk berlatih dan mencuba sukan ais ini. Malah, anda juga boleh menjadikan sukan ini sebagai senaman harian untuk kekal cergas dan sihat. Jangan terkejut sekiranya anda basah kuyup semasa meluncur ais! Bagi peluncur baharu, meluncur ais juga boleh membantu anda kekal cergas dari segi mental dan fizikal. Belajar meluncur ais bawah bimbingan jurulatih yang sabar, mesra dan profesional. Anda dapat mempelajari pelbagai kemahiran yang berbeza melalui aktiviti ini seperti keseimbangan dan daya tahan. Jadi, jika anda sedang mencari hobi baharu, kunjungilah Sunway Pyramid Ice di Kuala Lumpur. Rancang perjalanan dengan rakan atau keluarga anda dan bersiap sedia untuk merasai keseronokan meluncur!



Maklumat tambahan
Perkara yang Perlu Dibawa:
- Stoking
- Sarung tangan
- Seluar ekstra
Petua Berguna:
- Tiada pengalaman meluncur ais dan takut terjatuh? Sewa patung penguin yang boleh dipegang dan bina keyakinan mengikut kelajuan anda sendiri!
- Gelanggang ais mungkin ramai orang pada hujung minggu atau cuti umum. Rancang lawatan pada hari bekerja supaya anda mempunyai ruang besar untuk belajar meluncur ais.
- Sunway Pyramid Ice terletak di dalam Sunway Pyramid Mall yang popular. Anda juga boleh melawat taman tema Sunway Lagoon yang terletak di sebelahnya!
- Layari laman web rasmi atau Facebook Sunway Pyramid Ice untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Alamat: Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.


