Tiket Museum of Illusions di Kuala Lumpur
880 ulasan
20K+ ditempah
Museum of Illusions, Kuala Lumpur
- Alami pengalaman di dunia ilusi apabila anda melawat muzium yang unik ini di Kuala Lumpur!
- Perdayakan mata anda sambil melihat pelbagai koleksi seni hologram dan helah!
- Muzium ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga serta rakan-rakan
- Bawa kamera anda dan tangkap gambar pelbagai paparan ilusi optik
Mengenai aktiviti ini
Akses ke dunia ilusi yang aneh dengan menerokai salah satu tarikan paling unik di Malaysia, Museum of Illusions di Kuala Lumpur! Perdayakan diri anda dengan pelbagai seni pemasangan dan imej interaktif di dalam galeri seperti Bottomless Pit, Anti Gravity Room dan Vortex Tunnel yang mengagumkan. Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan, pengalaman anda di sini pasti menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan apabila anda menemui had persepsi minda manusia terhadap dunia. Anda juga akan mempelajari ilmu baharu dari penerokaan bilik permainan yang dipenuhi dengan teka-teki yang menarik.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan sesuai untuk seisi keluarga serta rakan-rakan di muzium ini

Berseronok dengan pelbagai koleksi hologram dan paparan yang akan memperdayakan mata anda

Tangkap gambar menarik sambil meneroka pelbagai seni pemasangan dan pameran di dalam muzium

Pastikan anda mengambil foto yang paling kreatif

Bersedia untuk terpesona dengan ilusi optik yang dipamerkan di seluruh muzium!

Ambil gambar romantik bersama orang tersayang anda
Lokasi

Hubungi kami
Mempunyai soalan tentang aktiviti ini? Tanya kami melalui live chat!




