Kelas Memasak di Ubud
1.1K ulasan
10K+ ditempah
Kelas memasak Subak & Kelas memasak di Ubud
- Belajar memasak beberapa hidangan Bali yang paling terkenal dari Kelas Memasak di Ubud
- Ketahui sejarah pelbagai makanan Bali sambil dikelilingi oleh keindahan semula jadi Ubud
- Selami suasana pasar tempatan Ubud dan pilih bahan-bahan anda sendiri
- Rasa hasil ciptaan anda sendiri dan bawa pulang baki hidangan anda selepas kelas!
Mengenai aktiviti ini
Nikmati pengalaman tempatan yang terbaik di Indonesia dan sertai Kelas Memasak Subak di Ubud. Pelajari 9 hidangan Bali dari awal dan nikmati bufet makanan pada akhir kelas. Aktiviti akan dimulakan dengan lawatan ke pasar tempatan di mana anda boleh membeli-belah seperti penduduk tempatan dan memilih sendiri bahan-bahan yang paling segar! Anda juga akan singgah di sawah padi dan belajar tentang budaya dan sejarah masakan Ubud. Kelas ini akan berlangsung di rumah tempatan Bali di mana anda akan dibimbing oleh cef Indonesia yang berbahasa Inggeris. Selepas penat bekerja, nikmati hidangan Bali anda dan bawa pulang sebahagian daripadanya!

Alami pengalaman tempatan yang terbaik apabila anda menyertai kelas memasak ini di Ubud

Pelajari sejarah kulinari pelbagai hidangan Bali dan diajar oleh cef Indonesia yang berbahasa Inggeris

Masak di rumah Bali untuk pengalaman budaya yang unik!

Ganjakan diri anda dengan hidangan Bali yang mewah selepas kelas anda!
Hubungi kami
Mempunyai soalan tentang aktiviti ini? Tanya kami melalui live chat!


