Tiket Encore Melaka Impression Series
- Jangan terlepas Encore Melaka Impression Series apabila berada di Melaka!
- Teater terbesar dan pentas penonton berputar 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara
- Nikmati persembahan yang mengasyikkan dengan paparan hebat kesan visual 3D yang canggih, pemetaan unjuran dan prop yang lebih besar daripada kehidupan sebenar
- Hayati persembahan menyentuh hati tentang kisah hidup penduduk tempatan yang berlatarbelakangkan pelbagai budaya
Mengenai aktiviti ini
Cara terbaik untuk mengenali asal usul sesebuah bandar adalah melalui persembahan kebudayaan yang teliti, seperti Encore Melaka Impression Series. Saksikan persembahan mengagumkan ini di teater yang menakjubkan ketika berada di bandar ini - persembahan kebudayaan Encore Melaka yang popular merupakan antara yang terbaik di Malaysia! Teater yang ringkas namun sofistikated ini merupakan sebuah bangunan bercirikan seni bina kontemporari di Melaka, dan telah direka oleh arkitek terkemuka dari Beijing Institute of Architectural Design di China. Saksikan persembahan 70 minit yang memukau oleh artis tempatan, yang dipertingkatkan lagi dengan teknologi visual dan audio terkini. Selami pengalaman ini tatkala auditorium berputar 360 darjah - satu pencapaian yang mengiktiraf persembahan ini sebagai satu-satunya auditorium berputar di Asia Tenggara. Nikmati penceritaan semula kisah hidup masyarakat tempatan yang menyentuh emosi, diadun dengan gaya tarian tradisional dan kontemporari yang mampu membuatkan penonton menitiskan air mata. Rasai keterbukaan dan penerimaan Melaka terhadap pelbagai budaya tatkala persembahan ini menyingkap intipati sebenar negeri ini: model kewujudan bersama pelbagai budaya yang aman.
Dapatkan tempat duduk dengan harga rendah apabila anda menempah tiket masuk Encore Melaka anda melalui Klook! Tambahkan persembahan ini ke dalam jadual perjalanan anda apabila anda melawat Melaka.











Lokasi





