Tiket Rumah Terbalik Melaka
- Tonjolkan sisi unik anda dan ambil foto menarik dan luar biasa
- Rumah ini terdiri daripada galeri yang lengkap dengan hiasan rumah, sama seperti rumah sebenar tapi dalam kedudukan terbalik sepenuhnya!
- Dibina oleh pengarah dengan pengalaman industri selama 10 tahun, galeri ini merupakan mercu tanda baharu Melaka yang semakin terkenal
- Jika anda ingin ketawa dan berseronok, ini adalah salah satu tarikan mesra keluarga yang mesti dikunjungi di Malaysia
- Jangan lupa untuk menempah tiket anda lebih awal - tempat ini mudah sesak dengan penduduk tempatan dan pelancong!
Mengenai aktiviti ini
Tonjolkan sisi unik anda bersama keluarga dan rakan-rakan di Galeri Rumah Terbalik! Dicipta mengikut model rumah Malaysia, pameran ini terbahagi kepada 5 bilik yang direka khas - ruang tamu, dapur, bilik bayi, bilik tidur utama dan bilik mandi. Semuanya dilengkapi dengan hiasan rumah, sana seperti rumah sebenar tapi dalam keadaan terbalik sepenuhnya! Pintu masuk utama juga merupakan tempat popular yang dikunjungi orang ramai untuk mengambil gambar yang menyeronokkan. Manfaatkan pengalaman anda sepenuhnya dengan mencuba sudut yang berbeza di tempat yang unik dan menyeronokkan ini dan pastikan anda melakukan beberapa pose aneh! Jangan teragak-agak untuk bertanya kepada mana-mana kakitangan, malah mereka mungkin mencadangkan beberapa idea yang menyeronokkan untuk gambar anda!




Maklumat tambahan
Petua Berguna
- Singgah untuk melawat illusion 3D Art Museum di Melaka
Kawalan Kebersihan dan Langkah Berjaga-jaga
- Daftar Masuk MySejahtera
- Anda mesti melalui stesen pemeriksaan suhu sebelum memasuki premis
- Pembersihan fasiliti yang kerap setiap hari
- Peserta digalakkan untuk menggunakan pembersih tangan yang disediakan di premis
- Pelawat diwajibkan memakai pelitup muka
- Penjarakan sosial 1 meter yang diawasi
- Bilangan pelawat di dalam premis akan dihadkan pada satu-satu masa
Lokasi



