Pakej Bungee Jumping di Chiang Mai
51 ulasan
900+ ditempah
X-Centre
- Terjun dari ketinggian 50 meter di atas landskap yang indah untuk menikmati pemandangan desa Chiang Mai yang menakjubkan.
- Rasai keseronokan bersama pasangan anda dengan Bungee Jump berkembar!
- Jika itu tidak mencukupi, anda boleh melompat bersama seluruh geng anda dengan Bungee Jump berkumpulan.
- Tingkatkan keterujaan lompatan anda dengan Bungee Jump yang menyentuh air di bawah.
- Anda akan menerima sijil keberanian selepas menyertai cabaran yang menyeronokkan ini.
- Nikmati kemudahan perjalanan dengan perkhidmatan ulang-alik antara bandar Chiang Mai (pakej tambahan).
Mengenai aktiviti ini
X-Centre Chiang Mai ialah pusat aktiviti ekstrem yang terletak di tengah-tengah bandar berkabus Chiang Mai. Anda akan mengalami pengalaman yang mendebarkan dan mengujakan dengan aktiviti terjun bungee, yang merupakan salah satu aktiviti yang paling popular di pusat ini. Menara terjun Jungle Bungee di X-Centre Chiang Mai ini mempunyai ketinggian 50 meter di atas landskap yang indah, yang mengelilingi tasik di bawah. Cabar ketakutan anda dengan terjun bungee dari menara tinggi ini, dan rasai keseronokan yang anda tidak pernah alami. Sama ada anda datang seorang diri, berpasangan atau berkumpulan, anda pasti akan merasakan adrenalin anda melonjak!

Bersedia untuk pengalaman mencabar yang perlu anda buktikan sendiri.

Pemandangan Chiang Mai yang menakjubkan akan menjadikan aktiviti bungee jumping anda lebih sempurna.

Terima sijil keberanian sebagai bukti bahawa anda telah menakluki ketakutan anda.

Uji Keberanian Anda, Takluki Ketinggian 50 Meter!!

Lepaskan diri dan nikmati pemandangan dari langit

Bersedia untuk berteriak dengan kuat!!

Nak basah atau nak kering!! Beritahu kami, dan kami akan uruskannya.

Terima sijil keberanian sebagai bukti bahawa anda telah menakluki ketakutan anda.
Maklumat tambahan
Perkara yang perlu diketahui:
- Tidak digalakkan untuk anda makan hidangan berat sebelum menyertai aktiviti ini.
- Sila pakai pakaian yang selesa untuk menyertai aktiviti ini.
- Anda boleh melompat dengan berkaki ayam atau memakai kasut mengikut keselesaan anda (jangan lupa ikat tali kasut anda dengan kemas).
- Sila jangan membawa barang berharga bersama anda (telefon bimbit, kamera, barang kemas, dll.).
Hubungi kami
Mempunyai soalan tentang aktiviti ini? Tanya kami melalui live chat!




